Monday, June 4, 2012

KENALI SIFAT FIKIRAN ANDA

Assalamualaikum....



PADA SUATU HARI PEMBANTU RUMAHTANGGA PUAN RAMONA DITUGASKAN UNTUK MEMBELI UBAT SAKIT KEPALA. “CEPAT SIKIT YA, KEPALA SAYA SAKIT SANGAT NI. KAMU BELI DI KEDAI DEPAN AJER... JANGAN JAUH-JAUH”. SETELAH DI TUNGGU SELAMA SATU JAM BERIKUTNYA, SI PEMBANTU MASIH BELUM TIBA. AKHIRNYA PUAN RAMONA MEMBELI SENDIRI UBAT SAKIT KEPALA TERSEBUT. SETELAH MENGABIL UBAT TERSEBUT DAN BEREHAT. EMPAT JAM KEMUDIAN BELIAU PUN SEMBUH. ANEHNYA PENBANTU BELIAU MASIH BELUM PULANG.


TIDAK BEBERAPA LAMA KEMUDIAN PEMBANTU BELIAU PUN TIBA. BILA MELIHAT PEMBANTUNYA TIBA. SANG MAJIKAN INI TERUS MERADANG SAMBIL BERKATA.“ KAMU NI BIKIN ORANG MARAH JER(DENGAN NADA SETENGAH BERGETAR DI LEHER) “ KAMU KEMANA LAMBAT SANGAT NI BELI UBAT SAKIT KEPALA” ?



“BEGINI PUAN” (DENGAN SUARA YANG TERCUNGAP-CUNGAP SEPERTI ORANG YANG KEHAUSAN AIR ‘LEMON TEA’). SI PEMBANTU MENJAWAB, “SAYA FIKIR UBAT DI KEDAI TERSEBUT BOLEH TAMAT TEMPOH, JADI SAYA MEMBELINYA DI FARMASI INI UBATNYA.”_ JAWAB PEMBANTU. “DARI FARMASI....? SIAPA SURUH KAMU KESANA.? KALAU MASAALAH TAMAT TEMPOHNYA BOLEH DILIHAT PADA KOTAKNYA. SAYA TIDAK FAHAM DENGAN KAMU INI. TAK KAN KE FARMASI MENGAMBIL MASA SEHINGGA LIMA JAM” KATA PUAN RAMONA.



“DARI FARMASI SAYA PERGI KE KLINIK” KATA PEMBANTU LAGI. “SAYA FIKIR JIKA IBU MASIH BELUM BELUM SEMBUH HINGGA PETANG NANTI, PUAN HARUS PERGI KE KLINIK, JADI SAYA TERUS MENGAMBIL NOMBOR GILIRAN UNTUK PUAN SEKALI” JAWAB PEMBANTU DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

“ KAMU TUNGGU DI KLINIK SAMPAI LIMA JAM KER”? TANYA PUAN RAMONA. “TIDAK PUAN DI SITU TIDAK BEGITU LAMA”. “HABIS TU KAMU KEMANA LAGI” TANYA PUAN RAMONA LAGI....



PEMBANTU: “DARI KLINIK SAYA TERUS KE MASJID”

PUAN RAMONA: “ KENAPA KAMU KE MASJID PULA”?

PEMBANTU: SAYA KE MASJID MENCARI PAK IMAM

PUAN RAMONA: KENAPA KAMU MENCARI PAK IMAM

PEMBANTU: SAYA FIKIR KALAU PUAN TIDAK SEMBUH JUGA, TERUS MENINGGAL, HARUS ADA PERSIAPAN KAIN KAFAN DAN KELENGKAPAN LAINYA, JADI PAK IMAM TAHU TENTANG SELOK- BELOK YAYASAN YANG AKAN MENGURUSKAN PENGKEBUMIAN PUAN.

PUAN RAMONA: GILA KAMU, TIDAK WARAS...(SAMBIL MENEKAN KASUT TUMIT TINGGINYA DIATAS PAHA PEMBANTUNYA).. KAMU DOA KAN SAYA MATI YER? KELUAR DARI SINI.

PEMBANTU : KENAPA PUAN MARAH SAYA ? SAYA HANYA BUAT PERSIAPAN SESUATU UNTUK KEBAIKAN PUAN JUGA.



ADA YANG MENGEJAR HARTA BENDA, ADA YANG MENGEJAR KEDUDUKAN, ADA PULA YANG MENGEJAR SPRITUAL DAN ADA YANG MENGEJAR SYURGA DUNIA. DALAM PROSES KEJAR MENGEJAR INI KITA TIDAK PERNAH HIDUP, KEHIDUPAN MELEWATI KITA BEGITU SAHAJA, TANPA MENYENTUH JIWA KITA, TANPA MENYEGARKAN BATIN KITA. KITA TELAH KEHILANGAN SEBUAH MAKNA KEHIDUPAN. KEHIDUPAN BERLALU BEGITU SAHAJA DENGAN SIA SIA.



KEGELISAHAN DAN KECEMASAN MEWARNAI KEHIDUPAN KITA SELAMA INI, WARNA – WARNA SURAM MEWARNAI KEHIDUPAN KITA, TIDAK BERCAHAYA SAMA SEKALI. KADANG-KADANG KITA SAKIT, KADANGKALA KITA MENYAKITKAN DAN KITA DISAKITI. KEHIDUPAN KITA MENJADI SATU PENYAKIT.

SEPERTI PEMBANTU RUMAH PUAN RAMONA_ MEMIKIRKAN KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN YANG BELUM TENTU TERJADI, MEMBUATKAN KITA KEHILANGAN HARI INI. KITA RISAU KAN HARI ESOK DAN MENYESAL HARI KEMARIN . KITA KEHILANGAN HARI INI. HARI INI AKAN MENENTUKAN HARI ESOK.

MIND KITA TERLALU PENUH DENGAN FIKIRAN-FIKIRAN YANG SEBENARNYA TIDAK PERLUKAN. KEGELISAHAN KITA, KECEMASAN KITA SEMUANYA DISEBABKAN OLEH FIKIRAN-FIKIRAN LIAR YANG SEBENARNYA TIDAK DIPERLUKAN.



SEORANG AHLI SUFI JABBAR MEMBERIKAN SEBUAH LATIHAN YANG INDAH SEKALI UNTUK MINDA. MURIDNYA DISURUH BERBUAL, MERACAU, MEREPEK SELAMA BEBERAPA JAM SETIAP HARI. MEREKA HARUS MENGELUARKAN APA SAHAJA SUARA DAN HARUS NON STOP (TANPA HENTI). SETELAH BEBERAPA HARI MENGELUARKAN SUARA-SUARA SEPERTI ITU. AKHIRNYA MEREKA MENJADI TENANG DAN RELAKS. DALAM RELAKSASI YANG AMAT MENDALAM ITU, DALAM KEHENINGAN ITU, MEREKA AKAN MENEMUKAN JADI DIRI MEREKA.


LATIHAN MENGELUARKAN SAMPAH MINDA



1. BERDIRI SANTAI.

2. MATA DIPEJAMKAN.

3. SELAMA 45 MINIT. KELUARKAN SUARA-SUARA. ATAU SEBUTKAN NAMA ASMAQ –ASMAQ AL HUSNA, BERTERUSAN SELAJU YANG MUNGKIN. TAPI MAKNANYA HARUS JELAS, SEBUTANYA HARUS BETUL.

4. SELAMA 45 MINIT YANG BERIKUTNYA SEBUTKAN LAGI. TAPI DI DALAM HATI DENGAN KELAJUAN YANG SANGAT TINGGI.

5. APA BILA ANDA MENGUCAPKAN DENGAN BERSUARA MIND ANDA AKAN TERLIBAT. TUJUAN UNTUK MELEPASKAN MIND TIDAK AKAN BERHASIL. SEMAKIN ANDA

MENGGUNAKAN SUARA DALAMAN ( SUARA HATI ) MIND ANDA AKAN LETIH. KEKUATAn HATI ANDA AKAN MENINGKAT_ HASILNYA TUBUH ANDA AKAN BERGERAK SENDIRI DENGAN GERAKAN YANG LEMBUT. TERUSKAN UCAPKAN DI DALAM HATI JANGAN BERHENTI.

6. GETARAN GETARAN DARI ZIKIR YANG ANDA SEBUT KAN DALAM HATI DENGAN KELAJUAN TINGGI AKAN MENJADI SEMAKIN KUAT.

7. ZIKIR-ZIKIR TERSEBUT AKAN MEMANCING KELUAR SEGALA SAMPAH-SAMPAH DALAM MINDA ANDA.


LANGKAH KEDUA.



SELAMA 20 MINIT BERIKUTNYA, BERBARINGLAH DI ATAS LANTAI YANG TIDAK BERALAS.

1. MATA TETAP TERTUTUP, RELAKS DAN SANTAI.

2. TIDAK PERLU MEMERHATIKAN NAFAS, TIDAK PERLU MELAKUKAN APA PUN SANTAI SAHAJA. LATIHAN INI KEDENGARANYA SANGAT LUCU SESUNGGUHNYA SANGAT BERMANFAAT UNTUK PESAKIT HISTERIA. ANDA DAPAT MEMISAHKAN DIRI ANDA DARI SAMPAH SAMPAH MINDA. ANDA AKAN BERHASIL MEMBUKA DIRI ANDA DENGAN TENAGA ILAHI.ANDA AKAN MERASAKAN PEKARA INI PADA SEPULUH MINIT YANG TERAKHIR.

3. APABILA TERBEBASNYA SAMPAH DALAM MINDA ANDA, ANDA AKAN MERASAKAN ENERGY ILAHI MENGALIR DAN MENGISI DALAM DIRI ANDA. HUBUNGAN ANDA DENGAN ILAHI TERPUTUS KERANA ANDA BERFIKIR BAHAWA ANDA JAUH DARI ILAHI. SEDANGKAN ILAHI TIDAK PERNAH BERPISAH DENGAN DIRI ANDA BAHKAN LEBIH HAMPIR DARI URAT NADI ANDA DI LEHER.

4. BIARKAN ENERY ILAHI MENGALIR KESELURUH TUBUH ANDA. BUKAN MATA ANDA DAN ANDA AKAN MELIHAT ENERGY INI MEWARNAI SELURUH KEHIDUPAN ANDA DENGAN CAHAYA ILAHI.


Saturday, April 28, 2012

MENGAPA HIDUP INI PENUH CABARAN

Assalamualaikum....


Cabaran membuat Anda berubah.
Hidup ini penuh cabaran sebab Anda perlu berubah. Anda tidak akan mencapai apa-apa dan tidak akan menikmati apa-apa jika Anda tidak berubah.
Selama Anda masih lagi seorang bayi dibawah umur satu tahun, belajar untuk berjalan menjadi satu cabaran buat Anda.
Selama Anda masih lagi seorang remaja 17 tahun di tingkatan lima, persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu cabaran buat Anda.
Bila sudah bekerja, memikat hati orang yang Anda sukai dan orang yang Anda mahu jadikan pasangan hidup juga satu cabaran buat Anda.
Untuk memikat hatinya, Anda berubah, jadi semakin bertanggungjawab, semakin cantik (bagi wanita) dan semakin bergaya (bagi lelaki).
Ketahuilah cabaran wujud untuk merubah Anda.
Bila Anda menghadapi sesuatu cabaran, hadapinya dengan tenang.
Fikirkan cara bagaimana untuk mengatasinya.
Fikirkan, fikirkan.
Bila jawapan muncul dalam bentuk idea, jadikannya pemula tindakan Anda.
Assalamualaikum....


Setelah lama menyepi...kini kembali semula untuk memperbaiki kembali diri yang telah jauh hanyut oleh permainan duniawi....


Monday, March 14, 2011

Manfaat meditasi pendek

Assalamualaikum....



Meditasi adalah cara untuk kita mengawal aliran gelombang minda separa sedar.
Meditasi merupakan aktiviti di mana kita duduk, mendiamkan diri dan melatih emosi kita turun ke tahap paling tenang.
Meditasi adalah saat di mana fikiran kita di tenangkan seketika dengan mengelak untuk tidak memikir apa-apa hanya menumpukan perhatian pada turun naik nafas kita sahaja.

Meditasi ringkas amat baik untuk membuat Anda mahir mengawal emosi. meditasi ringkas (5-7 minit) yang dilakukan setiap jam melatih minda separa sedar Anda supaya semakin alert dengan kata-kata Anda, sama ada kata-kata yang Anda tuturkan di hati, di fikiran atau kata-kata yang muncul secara tiba-tiba (idea). 

Meditasi yang kerap Anda menjadikan minda separa sedar Anda amat sensitif.
Anda boleh melakukan meditasi ringkas dengan menutup mata, duduk dalam postur badan yang Anda selesa (duduk bersila atau duduk di atas kerusi) kemudian kawal pernafasan Anda supaya Anda jadi relaks. Anda boleh lakukan meditasi ringkas selepas menyempurnakan sembahyang, sebelum bersembahyang ataupun di luar waktu sembahyang.

Tujuan utama meditasi adalah untuk menenangkan minda sebab minda kita ni ada puluhan ribu fikiran-fikiran liar yang bersimpang-siur, keluar masuk ke dalam kepala kita tanpa kita sedari. Untuk membuat kita sedar dan benar-benar ‘alert’ dengan apa yang kita fikirkan, kita perlu selalu bermeditasi.
Meditasi terbaik bagi seorang yang beragama Islam adalah menenangkan diri dengan alunan zikir.
Zikir dan terus berzikir sehingga Anda terbuai dengan kekusyukan berzikir, hingga Anda tidak sedar yang Anda sudah berzikir 10 minit lamanya.

Zikir yang berkesan adalah zikir yang membuat Anda merasa tenang, damai serta puas hati.
Fokuskan perhatian pada merasai nikmatnya ketenangan ketika bermeditasi. Mula-mula buat agak susah sikit. Tapi dengan bermeditasi secara berterusan lama-kelamaan Anda akan jadi semakin mahir. Kesannya, Anda dapat membuat keputusan drastik dengan cepat dan tepat. Idea Anda unik dan bernas.
Meditasi membuat Anda mampu mengekalkan sikap berfikiran positif.

Dengan selalu mengamalkan meditasi ringkas, Anda mampu menangkis fikiran-fikiran negatif yang datang dari persekitaran Anda.
Anda dah baca tips ni, jadi untuk merasai keberkesanannya Anda kena buat. Artikel ni hanya memaparkan panduan sahaja.
Kesannya hanya akan benar-benar dirasai apabila Anda memahaminya kemudian bertindak melaksanakannya.

Thursday, February 10, 2011

Jika mahukan sesuatu, berusahalah mendapatkannya

Assalamualaikum....

Anda mahukan sesuatu?
Berusahalah mendapatkannya.



Jadikan kemahuan Anda itu satu matlamat yang MESTI dicapai. 
Usah fikirkan perkara lain buat masa ini.
Katakan pada diri sendiri yang Anda mahu mencapai apa yang Anda mahu, walau dengan apa cara sekalipun.
Kemahuan yang membuak-buak membuat kita memiliki dorongan energi yang kuat, kesannya membuat motivasi dalam diri kita menyala-nyala sentiasa. 

Ramai di kalangan kita kehilangan suntikan motivasi simply sebab kemahuan kita sentiasa berubah-ubah, seiring dengan perubahan selera.

You want something? Go get it!

Wednesday, February 2, 2011

Layakkah Anda untuk berjaya?

Assalamualaikum....



Layakkah Anda untuk berjaya? 
 Layak, jika Anda sanggup bekerja keras, sanggup banyak membaca, sanggup menerima teguran dan sanggup menanggung malu tatkala berdepan kesilapan.

Orang yang banyak mentertawakan kesilapan orang lain sebenarnya menutup peluang untuk dia berjaya kerana malu kelemahannya terserlah. Sebelum kelemahannya terserlah, baik dia ketawakan kelemahan orang lain yang dia nampak. Dia mentertawakan orang lain supaya kawan-kawannya tak nampak apa kelemahannya. Orang sebegini ada di mana-mana.

Orang yang tidak malu mengakui kesilapan dan sanggup mengakui kelemahan berpeluang untuk berjaya kerana dia terdorong untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Orang sebegini menjadikan kesilapan sebagai cara untuk dia tahu apa yang betul. Inilah yang dipanggil sebagai “mindset berani gagal”.

Mulai hari ini, jangan suka ketawakan kesilapan orang sebab kesannya buruk. Sekali Anda ketawakan silap orang, Anda tak akan ada dorongan untuk memajukan diri sendiri. Bila nampak ada orang buat silap atau bila ternampak kesilapan seseorang, gali hikmah di sebaliknya, lepas tu serap sebagai ilmu untuk diri Anda. Elak untuk mentertawakan atau mengumpat pasal kesilapannya.

Ingat, successul people talk about ideas. Ordinary people talk about other people.

Monday, January 17, 2011

Berjalan cepat untuk membina keyakinan diri

Assalamualaikum....


Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika Anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya Anda berjalan.
Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukaan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tak semestinya berjalan kelam kabut tapi jalan yang neutral – tak terlalu lambat, tak terlalu laju.
Pada peringkat permulaan Anda mengubah gaya Anda berjalan, Anda akan terasa sedikit kekok.
Cuba tengok gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan.
Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukaan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak,  tak membongkok dan tak terlalu mendada. Ikut langkah ni dan amalkan selalu. Berjalan dengan bukaan langkah yang besar dan mata Anda tegak memandang ke depan.
Bila gaya jalan camni dah jadi tabiat Anda, Anda akan dianggap sebagai orang yang berkeyakinan tinggi.
Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang camtu, lantas membuat Anda merasa yakin. Tak ada lagi perasaan gugup atau gusar.