Wednesday, October 27, 2010

Mindset F&B

Assalamualaikum....





Anda ada banyak idea, saya percaya idea di kepala Anda selalu ada. Tapi, lihatlah tahap pencapaian Anda sekarang, adakah Anda semakin maju, masih di tahap lama atau masih tak maju-maju langsung?
Sekarang ini, tibalah masa untuk Anda majukan diri sendiri.

Jika Anda ada idea, tuliskan segera idea tu dan jangan biasakan diri hanya memain-mainkannya di fikiran. Bagi orang-orang berjaya, idea adalah aset paling berharga kerana idea membuat mereka mencapai lebih banyak kejayaan.

Saya perkenalkan Anda dengan mindset ‘fikir dan buat’, ringkasnya saya panggil sebagai mindset ‘F and B (F&B)..er, bukan Food And Beverage ataupun Face and Book, Facebook!.
Fikir dan buat maksdunya, Anda terfikir satu idea (matlamat) yang Anda mahu capai, tuliskan idea tu (supaya Anda tak lupa), fikirkan strategi kemudian terus buat!

Motivasi Anda akan membara apabila Anda bergerak, yakni melaksanakan apa yang dirancang. Sentiasa fikir dan buat, fikir dan buat. Anda akan perasan yang motivasi Anda tetap membara.
Motivasi Anda tak akan membara (..dan tak akan membara-bara) bila mana Anda terfikir satu idea, Anda tulis kemudian tak buat apa-apa. Idea tu cuma sekadar idea (matlamat) tidak menyumbang apa-apa pada tahap kemajuan diri Anda.

Walaupun Anda berisiko menemui kegagalan, usaha lagi, yang penting Anda teruskan bergerak supaya motivasi dalam diri Anda terus menerus membara.
Cuba tengok bara api yang biasa di guna untuk bakar sate.
Bila bara api tu dah tak dikipas atau dah tak ditiup, makin malaplah kehangatannya, merahnya dah tak ada. Semakin di kipas atau semakin di tiup, kehangatannya ada, nyalannya merahnya terus menerus ada.
Saya percaya Anda ada potensi untuk mencapai kejayaan, cuma mungkin Anda kurang tindakan atau mungkin Anda sudah buat tindakan tapi menemui hasil yang salah.

Secara lumrahnya, untuk menembak satu sasaran dengan tepat kita perlu menembak lebih dari sekali. Begitu juga dalam proses berusaha merealisasikan matlamat.
Untuk membuat usaha kita menjadi usaha yang tepat hingga benar-benar membuahkan hasil, usaha perlu dilakukan lebih dari satu kali, berkali-kali, bahkan mungkin berpuluh kali.
Bersungguh-sungguhlah, walaupun payah.

Thursday, October 21, 2010

http://www.pcplanets.com/mp3-2202446-Survivor-Eye-Of-The-Tiger.shtml

Kesedaran dalam KEHIDUPAN

Assalamualaikum....




Kehidupan kita bermula dengan bekerja....

Bangun PAGI balik PETANG 
Dapat GAJI bayar HUTANG

Kita KERJA untuk :
1. Bayar Hutang
2. Bagi Kedua Ibu Bapa
3. Bayar Bill2 / Sewa 
4. Belanja BF/GF
5. Jalan-jalan bersama rakan taulan
6. Enjoy - tengok wayang/bersukan/berkaroke & dll
7. Keperluan kita : makan/minum/pakaian

SEDAR atau TIDAK SEDAR inilah  putaran KEHIDUPAN yang kita lalui..

==========================================
Penahkah kita TERFIKIR andai sesuatu berlaku kepada KITA ?
==========================================
apa akan TERJADI kewangan kita:
1. Hutang : TERPAKSA ditangguhkan dan Berganda
2. Enjoy : TERPAKSA dikurangkan
3. Belanja GF/BF : TERPAKSA di tangguhkan
4. Bagi Kedua Ibu Bapa: TERPAKSA kurangkan ATAU tidak bagi langsung
6. Keperluan kita: Makan/Minum/pakaian TERPAKSA ala kadar jea..

============================================
KEJADIAN yang boleh menjejaskan KEWANGAN kita
============================================
antara KEJADIANnya :

  • 1. Sakit  : Demam panas / Denggi / H1N1 / BUAH PINGGANG / CANCER / dll...yang boleh di tahan WAD @ tinggal di Hospital


  • 2. Kemalangan : Patah tangan / Patah kaki / KOMA /  Lumpuh / dll ... yang memakan kos yang tinggi utk rawatan

  •           3. Rompakan    : Rumah kene pecah masuk / kendaraan kene curi/ dll

  •          4. Kematian      : Kematian biasa / kematian akibat kemalangan
-:: APA YANG ANDA BOLEH DAPAT DARI KEMALANGAN ::-

Masihkah anda sedar bahawa Kemalangan semakin meningkat?
Penahkah ia terjadi pada anda?
Jika belum anda perlu berhati-hati !!
Kerana KEMALANGAN akan tiba bila-bila masa sahaja (''?)
Berhati-hatilah dijalan raya,ingat orang tersayang (:
"SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN" 
Untuk Maklumat Percuma sMs >>
017-339 0168
anda pernah dapat Bill yang MAHAL dan TIDAK MAMPU NAK BAYAR

saya ada penyelesaiannya :
ada hanya perlu
bayar 10% dari Bill yg dikenekan..

SMS NAMA ke 017-3390168

** MAKLUMAT PERCUMA / CONSULTATION FREE




**********************************************************************************************************
Penahkah Anda Terfikir...ada cara untuk membantu anda menyelesaikan masalah kewangan ketika menimpa musibah
***********************************************************************************************************
Salah satu caranya (CONTOH):

Gaji $1000 = $100 simpanan  **Tips2 simpanan "10% dari gaji" 

1. Simpanan                    : Rm100 
2. Kematian                     : 50k 
3. Hilang Upaya              : 50k
4. Kemalangan               : 20k
5. 36 jenis Kritikal         : 20k
6. Allowance Hospital   : Rm80/day (365)
7. Bill Hospital                 : 10% sahaja

*Dengan cara bergini kewangan anda di masa hadapan akan TERJAMIN

Buatlah SIMPANAN walaupun hanya serendah kita mampu....kerana ia pasti akanMEMBANTU dan MENJAMIN kewangan kita pada masa hadapan...

Untuk Keterangan PERCUMA :

Hubungi PAKAR KEWANGAN  ANDA
SMS : NAMA <jarak> NO PHONE  
ke [+6 017-339 0168]

* anda akan dilayan SEPANTAS yang mungkin

Sekian TERIMA KASIH

Sunday, October 17, 2010

5 tips menggesa diri untuk berubah

Assalamualaikum....


Cara terbaik untuk menggesa diri ke arah perubahan adalah dengan menggambarkan hasil perubahan yang kita mahukan. Mungkin Anda nak mengubah aspek perhubungan, kesihatan, kerjaya, sikap atau kewangan. Cara terbaik untuk menggambarkannya adalah dengan menulis dalam bentuk teks. Perkataan yang kita tulis cepat mempengaruhi gambaran minda kita.

Tuliskan aspek hidup yang Anda nak ubah kemudian tuliskan hasil akhir perubahan itu. Kita ubah diri kita supaya kita dapat membina peribadi cemerlang dan dari situ kita dapat mencapai bermacam-macam tahap kecemerlangan. Sebab, sikap kita akan menentukan tahap pencapaian kita.

Misalnya, saya amik contoh Anda nak mengubah diri menjadi seorang yang amat rajin, iaitu perubahan sikap. Langkahnya, gambarkan diri Anda menjadi seorang yang rajin, sentiasa melakukan kerja dan Anda merasa selesa dengan kerajinan itu (bukan dipaksa-paksa). Tuliskan ciri-ciri kerajinan yang Anda nak ada pada diri Anda misalnya rajin datang awal di waktu pagi, rajin menolong kawan, rajin membaca, rajin bertanya, rajin mengkaji, rajin berusaha.

Untuk mengekalkan perubahan yang Anda mahu, gunakan afirmasi ringkas. Sebagai contoh, tuliskan begini: “aku dalam proses membentuk diriku menjadi orang rajin”. Afirmasi bila digabung dengan usaha dan gambaran minda, kesannya boleh menjadi kekal. Syaratnya, selalulah gunakan ayat “aku dalam proses membentuk diriku menjadi….”

Anda dapat tahu Anda ada gesaan untuk berubah apabila Anda merasa ia ada harapan untuk dilakukan, tak ada keraguan dan langsung tak ada rasa sangsi di hati Anda. Perasaan ni mendorong Anda untuk berubah tanpa dipaksa oleh sesiapa.

Perubahan akan mula tercetus apabila Anda merasa Anda sudah tidak mahu berada dalam tahap sekarang ini. Apabila Anda sudah tidak puas hati dengan hidup Anda, tahap pencapaian Anda, kewangan Anda, itu maknya Anda sedang dalam proses menggesa diri untuk berubah.
Sebagai penutup, berikut adalah 

5 tips menggesa diri untuk berubah:

1. Gambarkan perubahan yang Anda mahu.
2. Tulis.
3. Baca selalu apa yang kita dah tulis.
4. Gunakan ayat afirmasi “aku dalam proses membentuk diriku menjadi…”
4. Bayangkan selalu perubahan yang kita mahu capai.
5. Ulang-ulangkan selalu ayat afirmasi tu di ingatan.

Sunday, October 10, 2010

3 Tips menghadapi ORANG YG PANAS BARAN

Assalamualaikum....


Tips 1: diamkan diri, jangan respon apa-apa pada kemarahannya.
Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api tu tak akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam.
Berdiam diri satu sikap yang sejuk dan sejuk adalah sifat air. Jika Anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan dia lepaskan kemarahannya. Elak untuk tidak melakukan apa-apa selain itu.


Tips 2: Jauhkan diri darinya buat seketika.

Jika Anda jenis orang yang tak suka bunyi bising dan asap rokok, sudah tentu anda tak suka duduk berhampiran dengan orang panas baran. Anda tak akan selesa dengan sikapnya. Ada-ada saja dia nak marah, hempas tu, hempas ni.
Biasanya orang yang panas baran ni suka menyalahkan orang lain atas segala masalah. Dia lebih suka menuding jari dari mencari salah dalam diri sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran tu sedang naik marah atau menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika.
Sebab? Anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama.
Kesannya Anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila Anda sudah tertekan, mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup Anda semuanya kerana Anda tertekan. Jauhkan diri supaya Anda dapat menjaga aura positif pada diri Anda.


Tips 3: beri masa untuk dia sejuk sendiri.

Orang panas baran ni sebenarnya akan malu sendiri apabila marahnya sudah reda juga apabila kepanasan hatinya berlalu pergi. Orang yang cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mengawal kemarahannya. Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan.
Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu sebab kenapa matador di Sepanyol tu suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan sebab dia nak buat penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.
Orang sekeliling suka melihat orang yang sedang naik marah sebab orang marah tu akan buat perkara-perkara bodoh yang melucukan.
Orang yang sedang marah biasanya bertindak mengikut perasaan. Dia akan bertindak sesuka hati.
Tindakannya pula melulu. Oleh sebab tindakannya melulu maka apa yang dilakukan olehnya nampak lucu, menarik dan menghiburkan.
Contoh? Tengok sukan gusti.
Ramai penggusti suka mengapi-apikan perasaan marah mereka di antara satu sama lain. Setiap seorang daripada mereka saling cabar mencabar. Pastu cabaran tu cepat disahut lalu masing-masing berjumpa di gelanggang gusti untuk beradu tenaga sampai puas hati.
Yang untung siapa? Penonton dan pemilik hak siaran sukan gusti. Penonton dapat sumber hiburan, pemilik hak siaran dapat duit masyuk berterusan.
Jika ada sesiapa di sekeliling Anda sedang naik marah, beri dia masa untuk sejuk sendiri. Biarkan dia sendirian selama mana dia masih marah, mungkin 2 minit atau mungkin 2 jam, mungkin sampai 2 hari. Biarkan dia tenggelam dengan kemarahannya. Makin dipujuk, makin menjadi (puncanya ego – sebab dia nak makin ramai orang pujuk dia).
Bila emosinya sudah kembali normal, logik akalnya sudah kembali dalam kawalannya, dia akan datang sendiri kepada Anda untuk meluah perasaan atau meminta maaf, kecuali dia orang yang sombong. Tapi jika dia benar-benar mau berkawan dengan Anda, dia sendiri akan datang menemui Anda.
Anda ada pengalaman berdepan dengan orang panas baran? Kongsikan kisahnya. Mungkin ada motivasi tersirat yang boleh kita gali.
Orang panas baran ni agak sensitif, mereka ada di mana-mana. Mungkin juga dia adik-beradik kita sendiri.

Thursday, October 7, 2010

Petua Imam Shafie

Assalamualaikum....



Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI : Tidur terlentang sambil berfikir tentang                                            kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHM :iring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAM : iring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN : Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Monday, October 4, 2010

KEJAYAAN bergantung kepada seberapa besar SUMBANGAN kita

Assalamualaikum....



Kita dari latar belakang berbeza, tapi untuk kita mencapai sesuatu, sebenarnya apabila di fikir-fikir, kita perlu banyak menyumbang terlebih dahulu.
Seorang peniaga tak akan menjadi peniaga berjaya jika dia tidak menyumbang produk-produk terbaik buat para pembeli dan pelanggan-pelangganya.
Seorang pekerja tak akan menjadi pekerja berjaya jika tidak tidak menyumbang khidmat-khidmat terbaik buat ketuanya, organisasinya dan rakan-rakan sekerjanya.
Jika kita nak berjaya, kita kena bersedia untuk menyumbang, kena sedia berkhidmat dengan penuh dedikasi, buat sehabis baik.
Kejayaan akan datang dengan sendirinya nanti tanpa kita sedari apabila kita tukar mindset kita kepada mindset menjadi orang berbakti. Sekarang ini, kita kena fokuskan untuk menyumbang tenaga, idea, ilmu, kepakaran dan komitmen kepada insan-insan lain di sekeliling kita.
Elak pentingkan diri sendiri.
Elak membanggga-bangga diri.
Kejayaan kita, bergantung berapa besar sumbangan kita.
The more you give, the more you get!

Dari Sebatang Lilin

Assalamualaikum....




Sebatang lilin, apabila dinyalakan, cahayanya berguna untuk menerangi kegelapan.
Sebatang lilin sanggup mengorbankan fizikalnya hanya untuk memberi ruang pada api supaya terus menyala.
Anda akan mendapat motivasi daripada lilin apabila Anda menterjemahkan pengorbanan lilin tu kepada diri Anda.
Terangi hidup orang lain dengan memberikan sesuatu yang berguna, memberi panduan, nasihat, dorongan untuk maju ke depan.
Sinar motivasi Anda akan kekal menyala apabila Anda banyak mendahulukan orang lain di sekeliling Anda.
Orang-orang berjaya seperti Steve Jobs lebih banyak mendahulukan kepentingan orang lain.
Mereka mencipta sesuatu untuk kebaikan dan manfaat semua orang, membuatkan mereka dapat mencapai tahap berjaya, lebih berjaya daripada orang-orang di sekeliling mereka.

Saturday, October 2, 2010

Mood anda DOWN : 3 tips untuk ceria kembali (:

Assalamualaikum....




Anda down? 3 tips untuk menceriakan semula diri Anda
Tips 1: Buat apa yang Anda suka buat di masa terluang. Apa dia hobi Anda?
Setiap orang ada hobi tersendiri cuma Anda sudah lupakan hobi Anda sebab Anda sibuk mengurus kehidupan. Apabila emosi Anda down, Anda rasa tertekan, jiwa Anda tak keruan, tinggalkan dulu benda lain kemudian beralih kepada perkara yang Anda suka buat (hobi Anda) tu. Buat dengan sepenuh hati, jangan dipaksa-paksa atau dilakonkan semata-mata untuk melupakan masalah. Tanya diri Anda, “apa hobi aku?”Anda?
Mungkin Anda suka tengok movie, bersukan, suka menonton tv, suka berbual-bual, suka bermain futsal,bermain games, membaca, menulis, berFacebook. Walau apa saja yang Anda suka buat, buat saja supaya selepas itu Anda merasa ceria semula. Syaratnya, jangan layan rasa tertekan. Hobi dapat merubah fikiran Anda dari asyik memikirkan tekan, masalah dan dugaan. Anda akan dapat lihat penyelesaian kepada tekanan, masalah dan dugaan yang Anda hadapi.
Tips 2: Luahkan, ceritakan, lontarkan.
Bila Anda down, luahkan apa yang membuat Anda ‘down’. Fikir seseorang yang Anda boleh percaya, cari dia, bawa dia berbual-bual, kemudian ceritakan habis apa yang terbuku di hati Anda. Minta dia mendengar saja luahan Anda, beritahu dia supaya memberi pendapat kemduian (jika dia mahu, jika tidak, tak perlu). Luahkan semuanya, jangan simpan-simpan selebihnya. Cara ini akan membuat Anda merasa tenang.
Tips 3: Tulis, buang, lupakan.
Tulis dia atas sekeping kertas apa yang membuat Anda down, apa yang Anda geramkan, apa yang membuat Anda marah, apa yang membuat Anda tak puas hati. Tulis kesemuanya. Keronyok kertas tu pastu buang jauh-jauh. Lupakan apa yang Anda dah tulis tadi. Latih diri Anda untuk tidak mengingat lagi perkara itu. Tips ni ambil masa untuk benar-benar berkesan

Stress : Menangani stress dengan cara lalu buat

Assalamualaikum....



Salah satu cara menangani stress adalah dengan melalui (get trough) perkara yang membuat kita stress.
Contohnya, jika kita stress sebab kita banyak kerja, cara untuk menanganistress adalah dengan buat saja kerja tu. Usah tidak berbuat apa-apa simply sebab kita stress, itu akan membinasakan kita.
Kunci untuk menangani stress adalah dengan “get trough it”. Lalu dan buat.
Usah melawan stress, tapi fokuslah pada melaluinya dengan emosi yang ditenangkan.
Damaikan jiwa, tenangkan hati, teruskan bekerja.
Lama-kelamaan stress berkurang dengan sendirinya sebab fikiran kita tidak lagi terfokus pada stress.
Jika kita stress sebab tekanan hidup, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah rumah tangga, masalah cinta, fokuslah pada penyelesaian, bukan pada perkara-perkara yang membuat kita stress.
Makin kita fokus fikiran pada perkara yang men’stress‘kan kita, makin tertekan kita jadinya.
Jangan lawan satu perkara dengan perkara yang sama, akibatnya kita akan kalah jua.
Apabila kita selalu memikir stress, kesannya kita akan dapat lebih banyak stress.
Sebaiknya, lawan satu perkara dengan perkara lain.
Jika stress, lawan stress dengan memfokuskan pada ketenangan.Ibarat melawan api dengan menyimbah air.
Apabila merasa tertekan, bawak bertenang, latih diri supaya berada di dalam zon ketenangan.
Kesannya, kita akan menemui ketenangan lantas membuat stress menghilang sedikit demi sedikit.

Menilai orang berfikiran POSITIVE dari gurauan

Assalamualaikum....


Dalam gurau, ada yang terasa.
Orang berfikiran positif, dia akan anggap gurauan sebagai satu hiburan.
Orang berfikiran negatif, dia akan menganggap gurauan sebagai satu sindiran.
Orang yang suka menyindir, cepat terasa dan cepat bersangka buruk terhadap kata-kata yang tidak betul, dia sebenarnya orang berfikiran negatif.
Jika Anda orang sebegini, maka Anda adalah seseorang yang berfikiran negatif.
Jika Anda tidak ambil kisah dengan gurauan, sindiran pedas mahupun kata-kata tohmah, Anda seorang insan berfikiran positif.
Orang berfikiran positif mempunyai daya tahan tinggi apabila berdepan sesuatu yang bersifat negatif misalnya sindiran, kemarahan, permasalahan.
Secara ringkasnya, orang berfikiran positif ni mudah memaafkan, mudah melupakan, lebih banyak memainkan peranan dari mempersoalkan hak.
Orang berfikiran positif lebih suka menyelesaikan masalah. Orang berfikiran negatif lebih banyak mempertikaikan masalah.

Pertama Sekali....

Assalamualaikum....Bersyukur kepada ALLAH dengan izinNya dapat aku membina sebuah blog jua,setelah sekian lama untuk aku melakukan...akhirnya tercipta jua sebuah blog yg simple...lepas nie selalu la aku melayan blog dan membelek2 blog...ini disebabkan pasal isu semasa yg perlu membina sebuah blog....apa-apa pun...moga blog ni beroperasi dgn selamat....sekian...Terima Kasih