Wednesday, November 10, 2010

4 langkah asas menarik kemahuan anda menggunakan MINDA SEPARA SEDAR

Assalamualaikum....




kita kena membayangkannya selalu di minda.
 Kita kena melihatnya sebagai perkara yang dah benar-benar berlaku sekarang ini.

Jika Anda selalu baca blog Irfan Khairi dan membaca bahagian belakang bukunya bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, Anda akan terjumpa saranan yang sama. Irfan Khairi menyarakan kita untuk membayangkan kemahuan kita selalu seolah-oleh ia dah berlaku sekarang.
Untuk benar-benar merasai kesannya, Anda perlu:
  1. Membayangkan kemahuan Anda sejelas mungkin.
  2.  Membayangkannya dengan kerap, rasainya seolah-olah ia dah berlaku di saat ni.
  3. Mengekalkan bayangan imaginasi tu sejelas mungkin, selama mungkin.
  4. Bercakap-cakap mengenainya dengan diri sendiri.
Sebagai latihan, berlatih membayangkan perkara-perkara asas dulu.
Bayangkan perkara-perkara asas yang Anda mahu – mungkin Anda mahu mendapat tempat duduk ketika menaiki dalam bas yang sesak dipenuhi penumpang yang ramai.

Cara untuk membuat minda separa sedar menarik kemahuan Anda adalah membayangkan Anda mendapat tempat duduk dengan senang sekali selepas Anda menaiki bas selepas Anda nampak sebuah kerusi kosong. Mainkan bayangan minda ni sekerap mungkin, pancarkannya di minda selama mungkin.

Contoh lain, mungkin Anda mahu sampai awal di tempat kerja.
Cara untuk membayangkannya, bayangkan suasana situasi sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Bayangkan yang mana suasana jalan raya jadi tiba-tiba jadi ‘smooth’ tanpa sebarang kesesakan. Bayangkan Anda keluar dari rumah, memandu kereta kemudian setiap kali sampai di lampu isyarat, lampu merah cepat bertukar menjadi lampu hijau. Rasai emosi Anda ketika itu, hadirkannya seolah-olah ia dah berlaku.

Bayangkan perkara tu banyak kali.
Bayangkan dengan relaks, dengan selamba. Minda kita lebih efektif bekerja di kala kita berada dalam emosi ketenangan. Minda kita akan menjadi kurang efektif jika kita membayangkan sesuatu dalam emosi desakan.

Semakin relaks Anda, semakin efektif minda separa sedar bekerja mengatur situasi, orang perseorangan serta perkara-perkara untuk ditemukan dengan Anda. Anda akan berjumpa situasi-situasi kebetulan serupa dengan apa yang Anda selalu bayangkan.
Semua ni berlaku di luar pengetahuan kita.

Kerja kita cuma membayangkan selalu apa yang kita mahu. Selebihnya akan mengikut sendiri selepas tu. Berlatih dulu menarik perkara-perkara asas sebelum menarik perkara-perkara yang lebih besar.

Pada peringkat pertama Anda melatih minda Anda membayangkan perkara-perkara di atas, ia akan jadi sedikit sukar. Anda akan merasa kekok. Itu petanda, minda Anda belum seberapa biasa. Teruskan mengimajikasikan kemahuan-kemahuan Anda. Lama-kelamaan bila Anda sudah biasa berlatih, Anda akan perasan Anda cepat menarik apa yang Anda fikirkan tanpa Anda sedari.

Tuesday, November 9, 2010

Sembahyang sebagai meditasi

Assalamualaikum....




Dalam usaha kita nak mencapai kejayaan, kita kena banyak belajar tentang minda separa sedar dan mengkaji bagaimana minda separa sedar berfungsi. Kita kena mengkaji mcm mana nak mengawal aliran kuasa minda, bukan kita yang dikawal oleh aliran tenaga minda separa sedar kita sendiri.
Minda separa sedar sensitif pada emosi. Sebab itulah untuk membuat minda separa sedar menarik apa yang kita mahukan, kita kena menjaga emosi. Kena sentiasa beremosi baik sepanjang masa, tiap saat, tiap ketika. Orang-orang berjaya bijak megawal emosi sebab itulah jika Anda perhatikan mereka, air muka mereka tenang saja. 

Anda boleh berlatih mengawal emosi melalui meditasi.
Pakar minda separa sedar sepakat mengatakan Anda memerlukan paling kurang 5-7 minit sehari bermeditasi supaya Anda dapat mengawal emosi lantas dapat mengawal perkara-perkara yang selalu bersimpang-siur di fikiran Anda.

Meditasi adalah mendiamkan diri, menenangkan diri, relaks dan mengawal kadar pernafasan untuk beberapa minit. Untuk menenangkan diri, Anda kena kosongkan fikiran, iaitu melupakan hal-hal lain. Kita bermeditasi supaya kita dapat merasai ketenangan. Ni semua kita dapat rasa ketika menyempurnakan sembahyang fardhu.

Kita disarankan khusyuk dalam sembahyang, tenang dan jangan biarkan fikiran melayang. Itu samalah ngan meditasi, yang bestnya kita wajib buat 5 kali sehari. Selain meditasi biasa, Anda boleh jadikan sembahyang sebagai meditasi.

Untuk membuat meditasi Anda meditasi cemerlang, tenangkan diri setenang yang mungkin. Kemudian, selepas selesai sembahyang, berusahalah untuk mengekalkan rasa ketenangan tu sehingga ke waktu sembahyang yang seterusnya.

Ini sebagai latihan permulaan saja. 

Monday, November 8, 2010

Bagaimana MINDA SEPARA SEDAR menarik apa yang selalu kita fikirkan

Assalamualaikum....







Sains minda mengatakan, apabila kita memfokus fikiran pada sesuatu,  gelombang elektromagnetik yang terpancar dari minda kita akan menarik apa saja yang berkaitan dengan perkara-perkara yang kita fikirkan tu. Tujuannya supaya fikiran-fikiran liar kita itu berubah menjadi realiti di dunia sebenar.

Minda separa sedar akan menarik orang perseorangan, situasi, perkara dan benda-benda berkaitan dengan apa yang kita fikirkan.
Dalam aspek lain, minda akan menemukan Anda dengan orang-orang tertentu, situasi-situasi tertentu dan perkara-perkara tertentu supaya Anda boleh dapat memiliki apa yang Anda hajatkan. Minda diset untuk menunaikan apa saja kemahuan Anda, bergantung pada cemana realistisknya perkara yang Anda mahukan tu.

Minda kita ini adalah tanda kekuasaan agung Allah Yang Maha Esa.
Minda kita adalah aset utama kita sebagai pakej pelengkap kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Hanya kerana kita ada minda, kita diangkat menjadi makhluk superior seperti yang di ceritakan dalam Al-Quran.

Apabila Anda kerap memikirkan kereta Satria Neo sebagai kereta fevret Anda, Anda akan perasan yang mata Anda cepat menangkap kereta Satria Neo kerap lalu-lalang, melintas bersimpang-siur di depan mata Anda. Mungkin ketika Anda sedang berada di dalam bas atau ketika sedang berada dalam kereta kawan, tiba-tiba ada sebuah kereta Satria Neo bergerak hampir dengan kenderaan yang Anda naiki.

Apabila Anda suka melihat wanita-wanita cantik dan Anda memang syok setiap kali terlihat wanita cantik, Anda akan perasan ramai wanita-wanita cantik lalu berhampiran dengan Anda ke mana saja Anda pergi. Jika Anda seorang gadis dan Anda syok melihat lelaki tampan yang segak, berkerjaya dan ganteng wajahnya, sudah pasti mata Anda akan terlihat ramai lelaki-lelaki sebegitu ke mana saja Anda pergi seolah-olah mata Anda sudah diprogram untuk mengesan mereka jika mereka ada berhampiran Anda. Mata Anda akan cepat menangkap kelibat lelaki-lelaki tampan di mana saja Anda berada. Megik kan?

Situasi-situasi tadi adalah contoh yang diambil dari dunia sebenar. Ia bukan megik, tapi itu kerja minda.
Anda yang selalu fikir semua tu maka ia didatangkan pada Anda, dimunculkan dalam hidup Anda, ditarik supaya dapat ditemukan dengan Anda.

Cubalah Anda fikirkan sesuatu yang Anda sukai. Anda akan perasan yang Anda kerap terjumpa, terserempak atau terserempak dengan perkara-perkara dan benda-benda berkaitan dengan apa yang Anda sukai tu.

Bahaya apabila kita selalu memikirkan masalah kerana 
kita akan menarik lebih banyak masalah.

Wednesday, November 3, 2010

Sedar atau Tidak Sedar

Assalamualaikum....



Masa kecil-kecil dulu....Ibu Ayah kita selalu pesan menabung walaupun sehari 10sen...
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit jua
Pernahkah kita FIKIR ketika itu kenapa perlu menabung@menyimpan...
Sebenarnya untuk melatih kita supaya berjimat-cermat dan tidak menanggung bebanan hutang

Di zaman sekarang (ALAM PEKERJAAN)
Penahkah kita menyimpan @ menabung seperti masa kecil-kecil
JAWAPAN: ada sebulan sekali...hari2 tiada
Majoriti kita sekarang SUKA BELANJA DULU BARU SIMPAN...itu yang kita sering BERHUTANG.. 
Oleh Demikian..Saya ingin berkongsi dengan anda 




: : BAGAIMANA dengan 10% pendapatan anda dapat MELINDUNGI 100% pendapatan anda : :

Menyimpan RM 100 
anda akan dapat 8 manfaat dan kelebihan :

1. Kematian                                       - RM 55,000
2. Kemalangan                                   - RM 20,000
3. Kematian akibat kemalangan          - RM 75,000
4. Hilang Upaya kekal                        - RM 55,000
5. 36 penyakit kritikal                         - RM 20,000
6. Allowance Hospital                        - RM 80/sehari
7. Kos Perubatan yang ditanggung*    - 90% bill akan dibayarkan
8. Simpanan  (pulangan matang)          - RM 45,000

TIDAK RUGI ANDA MENYIMPAN..
KEBAIKAN ANDA ADALAH KESEJAHTERAAN ANDA

Untuk Pertanyaan Lanjutan
SMS : NAMA ke 017 339 0168
(PERCUMA dan AKAN DI LAYAN SEPANTAS MUNGKIN)







Tuesday, November 2, 2010

Keberkesanan ilmu adalah tindakan

Assalamualaikum....



Kata orang, knowledge is power.
Realitinya, action is the power.


Tindakan konsisten adalah lebih berkuasa daripada pengetahuan yang banyak. Tindakan yang dijana oleh pengetahuan, makin bertambah-tambah berkuasa jadinya.
Dalam usaha anda memperbaiki diri sendiri, rajin-rajinkanlah menimba ilmu. Niatkan menimba ilmu untuk tahu lebih banyak, kemudian untuk tahu langkah apa perlu dibuat seterusnya.

Ilmu ibarat penyuluh hidup, tapi tindakanlah yang akan menjadi seperti minyak menjadikan api suluhan itu menyala sepanjang masa. Ilmu hanya pemula, tindakanlah penyudahnya.
Ilmu yang Anda ada, aplikasikan ia untuk memperbaiki diri Anda. Anda sentiasa perlukan ilmu untuk maju.

Ilmu ada di mana-mana, tak semestinya terhad di universiti saja, di kolej atau di sekolah. Kenal pasti bidang apa yag Anda mahu maju kemudian galilah sebanyak mungkin ilmu berkaitan bidang itu.
Anda tak akan maju-maju jika hanya Anda berilmu tapi tidak menggunakan ilmu untuk menjana tindakan Anda. Anda perlukan ilmu supaya Anda boleh merancang strategi lebih bagus.
Pencapian Anda tidak akan jadi semakin bagus apabila Anda banyak bertindak tapi tidak dijana oleh ilmu, kesannya Anda rajin tapi hasil kerajinan Anda tidak seberapa.
Untuk mengelak masalah ini dari berlaku, dahulukan mencari ilmu sebelum membuat tindakan.

Jangan bertindak tanpa di dahului ilmu, kelak hasilnya tidak seberapa, mungkin juga tidak ada hasil langsung.

Hidup ini membantu anda jadi orang bejaya

Assalamualaikum....



Takutkah Anda apabila Anda disisihkan simply sebab impian Anda berlainan dengan impian orang lain?
Takut sebegini memang ada, sebab Anda akan merasa takut kehilangan kawan dan orang-orang yang rapat dengan Anda.
Anda takut dikritik, Anda takut dikata
‘ngko ni gila’.

Apabila Anda mahu jadi orang berjaya, hidup ini akan menemukan Anda dengan orang-orang yang boleh membantu Anda mencapai kejayaan diimpikan.
Kesannya, Anda akan dijauhkan dari orang-orang yang menghalang Anda daripada mencapai impian Anda, walaupun orang itu cukup rapat dengan Anda.
Setiap orang adalah berlainan. Mungkin ada yang serupa tapi takkan pernah jadi sama.
Oleh sebab itu, kemahuan serta impian Anda akan jadi berlainan dengan orang lain walaupun nampak sama. Apa yang Anda mahu capai akan jadi berlainan dnegan orang lain, walaupun sekilas pandang nampak serupa.

Jangan takut memberitahu apa yang Anda nak capai dalam hidup, katakannya pada orang yang Anda percaya. Beritahu dengan penuh bersemangat.
Apabila Anda selalu berfikiran positif, fikiran Anda akan menemukan Anda dengan orang-orang positif serupa dengan Anda. Orang-orang berfikiran negatif akan jadi menjauh daripada Anda, walaupun dia keluarga Anda sendiri.

Ingat, ini adalah kesan hukum sebab dan akibat (cause and effect).
Anda fikir positif, Anda akan ditemukan dengan orang-orang positif, situasi-situasi positif dan perkara-perkara positif. Semua tu akan membuat Anda semakin dengan apa yang Anda mahu capai, selagi Anda berfikiran positif.


Untuk berjaya dalam hidup, kebenaranian dan kekuatan emosi kena di bina.