Monday, March 14, 2011

Manfaat meditasi pendek

Assalamualaikum....



Meditasi adalah cara untuk kita mengawal aliran gelombang minda separa sedar.
Meditasi merupakan aktiviti di mana kita duduk, mendiamkan diri dan melatih emosi kita turun ke tahap paling tenang.
Meditasi adalah saat di mana fikiran kita di tenangkan seketika dengan mengelak untuk tidak memikir apa-apa hanya menumpukan perhatian pada turun naik nafas kita sahaja.

Meditasi ringkas amat baik untuk membuat Anda mahir mengawal emosi. meditasi ringkas (5-7 minit) yang dilakukan setiap jam melatih minda separa sedar Anda supaya semakin alert dengan kata-kata Anda, sama ada kata-kata yang Anda tuturkan di hati, di fikiran atau kata-kata yang muncul secara tiba-tiba (idea). 

Meditasi yang kerap Anda menjadikan minda separa sedar Anda amat sensitif.
Anda boleh melakukan meditasi ringkas dengan menutup mata, duduk dalam postur badan yang Anda selesa (duduk bersila atau duduk di atas kerusi) kemudian kawal pernafasan Anda supaya Anda jadi relaks. Anda boleh lakukan meditasi ringkas selepas menyempurnakan sembahyang, sebelum bersembahyang ataupun di luar waktu sembahyang.

Tujuan utama meditasi adalah untuk menenangkan minda sebab minda kita ni ada puluhan ribu fikiran-fikiran liar yang bersimpang-siur, keluar masuk ke dalam kepala kita tanpa kita sedari. Untuk membuat kita sedar dan benar-benar ‘alert’ dengan apa yang kita fikirkan, kita perlu selalu bermeditasi.
Meditasi terbaik bagi seorang yang beragama Islam adalah menenangkan diri dengan alunan zikir.
Zikir dan terus berzikir sehingga Anda terbuai dengan kekusyukan berzikir, hingga Anda tidak sedar yang Anda sudah berzikir 10 minit lamanya.

Zikir yang berkesan adalah zikir yang membuat Anda merasa tenang, damai serta puas hati.
Fokuskan perhatian pada merasai nikmatnya ketenangan ketika bermeditasi. Mula-mula buat agak susah sikit. Tapi dengan bermeditasi secara berterusan lama-kelamaan Anda akan jadi semakin mahir. Kesannya, Anda dapat membuat keputusan drastik dengan cepat dan tepat. Idea Anda unik dan bernas.
Meditasi membuat Anda mampu mengekalkan sikap berfikiran positif.

Dengan selalu mengamalkan meditasi ringkas, Anda mampu menangkis fikiran-fikiran negatif yang datang dari persekitaran Anda.
Anda dah baca tips ni, jadi untuk merasai keberkesanannya Anda kena buat. Artikel ni hanya memaparkan panduan sahaja.
Kesannya hanya akan benar-benar dirasai apabila Anda memahaminya kemudian bertindak melaksanakannya.

Thursday, February 10, 2011

Jika mahukan sesuatu, berusahalah mendapatkannya

Assalamualaikum....

Anda mahukan sesuatu?
Berusahalah mendapatkannya.



Jadikan kemahuan Anda itu satu matlamat yang MESTI dicapai. 
Usah fikirkan perkara lain buat masa ini.
Katakan pada diri sendiri yang Anda mahu mencapai apa yang Anda mahu, walau dengan apa cara sekalipun.
Kemahuan yang membuak-buak membuat kita memiliki dorongan energi yang kuat, kesannya membuat motivasi dalam diri kita menyala-nyala sentiasa. 

Ramai di kalangan kita kehilangan suntikan motivasi simply sebab kemahuan kita sentiasa berubah-ubah, seiring dengan perubahan selera.

You want something? Go get it!

Wednesday, February 2, 2011

Layakkah Anda untuk berjaya?

Assalamualaikum....



Layakkah Anda untuk berjaya? 
 Layak, jika Anda sanggup bekerja keras, sanggup banyak membaca, sanggup menerima teguran dan sanggup menanggung malu tatkala berdepan kesilapan.

Orang yang banyak mentertawakan kesilapan orang lain sebenarnya menutup peluang untuk dia berjaya kerana malu kelemahannya terserlah. Sebelum kelemahannya terserlah, baik dia ketawakan kelemahan orang lain yang dia nampak. Dia mentertawakan orang lain supaya kawan-kawannya tak nampak apa kelemahannya. Orang sebegini ada di mana-mana.

Orang yang tidak malu mengakui kesilapan dan sanggup mengakui kelemahan berpeluang untuk berjaya kerana dia terdorong untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Orang sebegini menjadikan kesilapan sebagai cara untuk dia tahu apa yang betul. Inilah yang dipanggil sebagai “mindset berani gagal”.

Mulai hari ini, jangan suka ketawakan kesilapan orang sebab kesannya buruk. Sekali Anda ketawakan silap orang, Anda tak akan ada dorongan untuk memajukan diri sendiri. Bila nampak ada orang buat silap atau bila ternampak kesilapan seseorang, gali hikmah di sebaliknya, lepas tu serap sebagai ilmu untuk diri Anda. Elak untuk mentertawakan atau mengumpat pasal kesilapannya.

Ingat, successul people talk about ideas. Ordinary people talk about other people.

Monday, January 17, 2011

Berjalan cepat untuk membina keyakinan diri

Assalamualaikum....


Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika Anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya Anda berjalan.
Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukaan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tak semestinya berjalan kelam kabut tapi jalan yang neutral – tak terlalu lambat, tak terlalu laju.
Pada peringkat permulaan Anda mengubah gaya Anda berjalan, Anda akan terasa sedikit kekok.
Cuba tengok gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan.
Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukaan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak,  tak membongkok dan tak terlalu mendada. Ikut langkah ni dan amalkan selalu. Berjalan dengan bukaan langkah yang besar dan mata Anda tegak memandang ke depan.
Bila gaya jalan camni dah jadi tabiat Anda, Anda akan dianggap sebagai orang yang berkeyakinan tinggi.
Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang camtu, lantas membuat Anda merasa yakin. Tak ada lagi perasaan gugup atau gusar.

Thursday, January 13, 2011

Musuh paling ketat adalah minda

Assalamualaikum...

Musuh yang paling kuat adalah diri kita sendiri terutama minda separa sedar kita. Bukan orang lain.
Mengapa saya kata minda separa sedar kita adalah musuh kita yang paling kuat?
Sebab kita berdepan dengan masalah besarkita tidak dapat mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke minda kita dan yang menyerang fikiran kita.
Dalam bahasa Inggeris, tanggapan-tanggapan liar ni dipanggil ‘thoughts’. Tanggapan-tanggapan ni semua masuk ke fikiran kita lalu membuatkan kita terfikir benda-benda yang kita tak nak fikir secara tiba-tiba, terutama berkaitan situasi-situasi buruk.
Tanggapan fikiran boleh menjadi perkara yang bermanfaat buat diri kita.
Caranya, kita perlu bersangka baik, berfikiran positif dan berattitude positif. Bukan sehari dua, tapi sepanjang masa sepertimana yang saya ingatkan Anda selalu. Lebih kerap kita bersangka baik, lebih cemerlang kita.
Namun disebalik tu semua tanggapan di fikiran kita boleh menjadi musuh yang amat kuat kuasanya. Tanggapan-tanggapan negatif susah kita nak kawal, kerana sebagai manusia, kita cepat merasa sangsi pada sesuatu.
Selain sangsi, timbul keraguan, kegusaran dan rasa skeptikal. Sikap-sikap negatif inilah yang menjadi musuh utama buat diri kita dalam usaha kita menjaga kepositifan diri. Minda separa sedar kita terdedah kepada rasa sangsi, kegusaran dan rasa skeptikal.
Untuk mengawal ‘thoughts’ yang bersimpang-siur di dalam minda kita dan di fikiran kita, kita perlu:
1. Mengamalkan meditasi pendek paling kurang 3 kali sehari, paling best 1 kali setiap 1 jam kecuali pada waktu Anda sedang tidur.
2. Melatih diri untuk berada pada tahap emosi yang amat tenang. Be calm, be cool. Bukan seminit dua tapi sepanjang masa.
3, Berzikir selalu untuk memandu hati supaya sentiasa Allah Yang Maha Esa. Hati mudah untuk dihinggapi bisikan syaitan yang akhirnya membentuk fikiran-fikiran liar, mendorong sikap suka berburuk sangka.
4. Mengucap istighfar setiap kali Anda dapat Anda berburuk sangka pada sesuatu atau pada seseorang.
Saya mengajak Anda untuk sama-sama berlatih mengawal fikiran, mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke dalam minda kita.Bentuk fikiran menjadi positif supaya kita menjadi orang yang berfikiran positif, lantas membuat kita mencapai tahap pencapaian cemerlang yang sebelum ni sukar dicapai oleh orang lain disekeliling kita.

Apa yang kita FIKIRKAN selalu itulah yang akan terjadi

Assalamualaikum....





Hidup kita adalah produk akhir kepada pemikiran kita.
Apa yang kita fikirkan selalu, itulah yang akan jadi. Fikiran kita mempunyai kuasa tarikan. Ia akan menarik orang perseorangan, situasi, benda dan perkara yang berkaitan dengan apa yang kita fikirkan.

Apabila kita selalu fikirkan masalah dan kita terbanyang betapa beratnya kita menanggung masalah, fikiran kita akan menarik orang-orang yang bermasalah yang menjadikan kita semakin bermasalah. Selepas itu kita akan berjumpa dengan situasi-situasi bermasalah yang akan menambah bebanan masalah sedia ada di bahu kita.
Tadi kita terjumpa orang bermasalah, sekarang kita terserempak dengan situasi-situasi bermasalah. Kita akan jadi tertekan oleh masalah-masalah yang muncul satu persatu, lepas satu masalah muncul lain satu masalah lain pula.

Tak lama selepas itu kita akan terserempak dengan perkara-perkara yang menimbulkan masalah, diselang-seli dengan benda-benda bermasalah hingga membuatkan Anda jadi tidak senang dengan bermacam rupa masalah yang macam tak berhenti kemunculannya. Anda rasa semakin rasa terhimpit, tersepit di tengah-tengah himpunan masalah.
Sedarlah realiti kita dan kehidupan kita dibentuk oleh fikiran kita.

Apa yang kita fikirkan selalu ibarat satu doa, saya panggil sebagai doa non-verbal kerana kita berdoa meminta sesuatu dengan memikirkan sesuatu. Apabila kita doa banyak kali, sudah tentu Allah ia adalah peluang untuk ia menjadi realiti. Maka, apabila kita selalu memikirkan masalah, perbuatan itu samalah seperti kita meminta supaya makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup kita.