Thursday, January 13, 2011

Musuh paling ketat adalah minda

Assalamualaikum...

Musuh yang paling kuat adalah diri kita sendiri terutama minda separa sedar kita. Bukan orang lain.
Mengapa saya kata minda separa sedar kita adalah musuh kita yang paling kuat?
Sebab kita berdepan dengan masalah besarkita tidak dapat mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke minda kita dan yang menyerang fikiran kita.
Dalam bahasa Inggeris, tanggapan-tanggapan liar ni dipanggil ‘thoughts’. Tanggapan-tanggapan ni semua masuk ke fikiran kita lalu membuatkan kita terfikir benda-benda yang kita tak nak fikir secara tiba-tiba, terutama berkaitan situasi-situasi buruk.
Tanggapan fikiran boleh menjadi perkara yang bermanfaat buat diri kita.
Caranya, kita perlu bersangka baik, berfikiran positif dan berattitude positif. Bukan sehari dua, tapi sepanjang masa sepertimana yang saya ingatkan Anda selalu. Lebih kerap kita bersangka baik, lebih cemerlang kita.
Namun disebalik tu semua tanggapan di fikiran kita boleh menjadi musuh yang amat kuat kuasanya. Tanggapan-tanggapan negatif susah kita nak kawal, kerana sebagai manusia, kita cepat merasa sangsi pada sesuatu.
Selain sangsi, timbul keraguan, kegusaran dan rasa skeptikal. Sikap-sikap negatif inilah yang menjadi musuh utama buat diri kita dalam usaha kita menjaga kepositifan diri. Minda separa sedar kita terdedah kepada rasa sangsi, kegusaran dan rasa skeptikal.
Untuk mengawal ‘thoughts’ yang bersimpang-siur di dalam minda kita dan di fikiran kita, kita perlu:
1. Mengamalkan meditasi pendek paling kurang 3 kali sehari, paling best 1 kali setiap 1 jam kecuali pada waktu Anda sedang tidur.
2. Melatih diri untuk berada pada tahap emosi yang amat tenang. Be calm, be cool. Bukan seminit dua tapi sepanjang masa.
3, Berzikir selalu untuk memandu hati supaya sentiasa Allah Yang Maha Esa. Hati mudah untuk dihinggapi bisikan syaitan yang akhirnya membentuk fikiran-fikiran liar, mendorong sikap suka berburuk sangka.
4. Mengucap istighfar setiap kali Anda dapat Anda berburuk sangka pada sesuatu atau pada seseorang.
Saya mengajak Anda untuk sama-sama berlatih mengawal fikiran, mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke dalam minda kita.Bentuk fikiran menjadi positif supaya kita menjadi orang yang berfikiran positif, lantas membuat kita mencapai tahap pencapaian cemerlang yang sebelum ni sukar dicapai oleh orang lain disekeliling kita.

0 comments:

Post a Comment