Monday, January 17, 2011

Berjalan cepat untuk membina keyakinan diri

Assalamualaikum....


Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika Anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya Anda berjalan.
Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukaan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tak semestinya berjalan kelam kabut tapi jalan yang neutral – tak terlalu lambat, tak terlalu laju.
Pada peringkat permulaan Anda mengubah gaya Anda berjalan, Anda akan terasa sedikit kekok.
Cuba tengok gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan.
Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukaan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak,  tak membongkok dan tak terlalu mendada. Ikut langkah ni dan amalkan selalu. Berjalan dengan bukaan langkah yang besar dan mata Anda tegak memandang ke depan.
Bila gaya jalan camni dah jadi tabiat Anda, Anda akan dianggap sebagai orang yang berkeyakinan tinggi.
Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang camtu, lantas membuat Anda merasa yakin. Tak ada lagi perasaan gugup atau gusar.

Thursday, January 13, 2011

Musuh paling ketat adalah minda

Assalamualaikum...

Musuh yang paling kuat adalah diri kita sendiri terutama minda separa sedar kita. Bukan orang lain.
Mengapa saya kata minda separa sedar kita adalah musuh kita yang paling kuat?
Sebab kita berdepan dengan masalah besarkita tidak dapat mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke minda kita dan yang menyerang fikiran kita.
Dalam bahasa Inggeris, tanggapan-tanggapan liar ni dipanggil ‘thoughts’. Tanggapan-tanggapan ni semua masuk ke fikiran kita lalu membuatkan kita terfikir benda-benda yang kita tak nak fikir secara tiba-tiba, terutama berkaitan situasi-situasi buruk.
Tanggapan fikiran boleh menjadi perkara yang bermanfaat buat diri kita.
Caranya, kita perlu bersangka baik, berfikiran positif dan berattitude positif. Bukan sehari dua, tapi sepanjang masa sepertimana yang saya ingatkan Anda selalu. Lebih kerap kita bersangka baik, lebih cemerlang kita.
Namun disebalik tu semua tanggapan di fikiran kita boleh menjadi musuh yang amat kuat kuasanya. Tanggapan-tanggapan negatif susah kita nak kawal, kerana sebagai manusia, kita cepat merasa sangsi pada sesuatu.
Selain sangsi, timbul keraguan, kegusaran dan rasa skeptikal. Sikap-sikap negatif inilah yang menjadi musuh utama buat diri kita dalam usaha kita menjaga kepositifan diri. Minda separa sedar kita terdedah kepada rasa sangsi, kegusaran dan rasa skeptikal.
Untuk mengawal ‘thoughts’ yang bersimpang-siur di dalam minda kita dan di fikiran kita, kita perlu:
1. Mengamalkan meditasi pendek paling kurang 3 kali sehari, paling best 1 kali setiap 1 jam kecuali pada waktu Anda sedang tidur.
2. Melatih diri untuk berada pada tahap emosi yang amat tenang. Be calm, be cool. Bukan seminit dua tapi sepanjang masa.
3, Berzikir selalu untuk memandu hati supaya sentiasa Allah Yang Maha Esa. Hati mudah untuk dihinggapi bisikan syaitan yang akhirnya membentuk fikiran-fikiran liar, mendorong sikap suka berburuk sangka.
4. Mengucap istighfar setiap kali Anda dapat Anda berburuk sangka pada sesuatu atau pada seseorang.
Saya mengajak Anda untuk sama-sama berlatih mengawal fikiran, mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke dalam minda kita.Bentuk fikiran menjadi positif supaya kita menjadi orang yang berfikiran positif, lantas membuat kita mencapai tahap pencapaian cemerlang yang sebelum ni sukar dicapai oleh orang lain disekeliling kita.

Apa yang kita FIKIRKAN selalu itulah yang akan terjadi

Assalamualaikum....





Hidup kita adalah produk akhir kepada pemikiran kita.
Apa yang kita fikirkan selalu, itulah yang akan jadi. Fikiran kita mempunyai kuasa tarikan. Ia akan menarik orang perseorangan, situasi, benda dan perkara yang berkaitan dengan apa yang kita fikirkan.

Apabila kita selalu fikirkan masalah dan kita terbanyang betapa beratnya kita menanggung masalah, fikiran kita akan menarik orang-orang yang bermasalah yang menjadikan kita semakin bermasalah. Selepas itu kita akan berjumpa dengan situasi-situasi bermasalah yang akan menambah bebanan masalah sedia ada di bahu kita.
Tadi kita terjumpa orang bermasalah, sekarang kita terserempak dengan situasi-situasi bermasalah. Kita akan jadi tertekan oleh masalah-masalah yang muncul satu persatu, lepas satu masalah muncul lain satu masalah lain pula.

Tak lama selepas itu kita akan terserempak dengan perkara-perkara yang menimbulkan masalah, diselang-seli dengan benda-benda bermasalah hingga membuatkan Anda jadi tidak senang dengan bermacam rupa masalah yang macam tak berhenti kemunculannya. Anda rasa semakin rasa terhimpit, tersepit di tengah-tengah himpunan masalah.
Sedarlah realiti kita dan kehidupan kita dibentuk oleh fikiran kita.

Apa yang kita fikirkan selalu ibarat satu doa, saya panggil sebagai doa non-verbal kerana kita berdoa meminta sesuatu dengan memikirkan sesuatu. Apabila kita doa banyak kali, sudah tentu Allah ia adalah peluang untuk ia menjadi realiti. Maka, apabila kita selalu memikirkan masalah, perbuatan itu samalah seperti kita meminta supaya makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup kita.